Friday, April 4, 2014

CARA MAKAN VITAMIN SHAKLEE



Haaaa. Mesti ramai yg tertanya2 camne laa cara pemakanan vitamin Shaklee nie kan. Maklumlaa, Shaklee banyak vitamin. Tang bila pulak nak makan. Pagi ke, tengahari ke, malam ke... Confuse kan.

So don't be. Sini saya sertakan gambarajah *cadangan* pengambilan vitamin2 Shaklee. Ini sebagai rujukan & memudahkan kita semua.

Kenapa penting untuk mengambil supplement pada masa yang sesuai? Jawapannyer mudah. Ia penting sebab kita nak pastikan nutrisi yang ada pada vitamin tu dapat diserap oleh badan secara optimum. Kalo tak, takut sia2 pulak kita amek supplement tu. Atau ~ kesan supplement tu mungkin terlalu lambat. Sayang kan?

Jadi, disini saya terangkan sikit secara ringkas pasal masa pengambilan yang sesuai untuk vitamin2 Shaklee nie yer. Semoga bole dijadikan panduan.




**********
PAGI

Cara makan ESP Shaklee
Seelok2nyer di ambil di waktu pagi. Sebab ESP nie adalah protein. Dia menolong untuk membekalkan tenaga pada badan & bole menolong untuk meningkatkan paras metabolisme dalam badan. Dan dia juga berperanan untuk menolong tubuh kita untuk membaikpulih sel2. 

Campur 1 sudu makan ESP (sudu biasa je) dengan segelas air (bole guna air kosong / apa2 air kegemaran). Air sejuk pun boleh, air suam pun boleh. Yang tak boleh, guna air panas je ~ sebab dikhuatiri khasiat protein tu akan hilang.


Cara makan Vita-C Sustained Released
Ambil selepas sarapan pagi. 
1 biji. 
Vitamin C nie bersifat asidik. Kalau ambil sebelum makan, dikhuatiri pedih perut pulak.


Cara makan B-Complex
Ambil selepas sarapan pagi. 1 biji.


TENGAHARI (SEBELUM MAKAN)

Cara makan Zinc Complex
Seelok2nyer diambil semasa perut kosong. Dalam 1 jam sebelum makan. 
  • Jangan makan bersama makanan / minuman yang ada tenusu macam susu atau yogurt drink.  Sebab dia boleh mengurangkan penyerapan.
  • Elakkan minum minuman bergas.
  • Elakkan ambil bersama supplement lain (jarakkan masa pengambilan)
  • Tak digalakkan mengambil bersama2 bijiran & roti. Kerana phytane dari bijirin akan "mengikat" dirinyer dengan Zinc, dan menyebabkan gangguan penyerapan.


TENGAHARI / PETANG (SELEPAS MAKAN)

Cara makan Lecithin
Lecithin nie adalah vitamin untuk menolong memecahkan lemak. Elok diambil sekurang2nyer 10-15 mins selepas makan.
3 biji selepas makan tengahari & 3 biji selepas makan malam. Total 6 biji sehari.


Cara makan Omega Guard
Omega pulak menolong memecahkan kolestrol. Jadi, elok diambil 10-15 mins selepas makan.
1 biji selepas makan tengahari & 1 biji selepas makan malam. Total 2 biji sehari.

Cara makan Alfalfa
Alfalfa Shaklee pulak adalah vitamin yang kaya dengan serat yang tinggi. Mempunyai banyak mineral. Apabila kita ambil alfafa Shakle dan air yang mencukupi ~ gabungan nie akan menolong untuk memerangkap segala bahan2 asing dalam badan (cth: lemak, toxic, kolestrol).

Kalau kita ada masalah susah lawas (sukar buang air besar) ~ elok untuk kita ambil alfafa nie (kaya dengan serat). Tapi air pun kena minum banyak yer. Penting tu. Selain untuk lawas, alfafa nie baik jugak untuk mereka yang sering menghadapi masalah angin dalam badan & gastrik. Insha-Allah.

Permulaan: ambil 2~4 biji dipermulaan. Andai tak berkesan, boleh ditambah sukatan sedikit demi sedikit. 
5 biji selepas makan tengahari & 5 biji selepas makan malam. (Maksimum 10 biji sehari).
p/s: kalo ibu menyusu, start dengan dos rendah & monitor najis baby selalu. Ada baby kadang2 tak tahan & kena cirit birit.
Jangan ambil bersama Vita-E.



Cara makan Vita Lea
Diambil selepas makan tengahari / petang selepas minum petang.
1 biji.
Jangan ambil bersama susu / ESP.


Cara makan Garlic Complex
Diambil selepas makan.
1 biji.
Pastikan ambil makanan berat sebab garlic boleh mencairkan darah.


Cara makan Ostematrix
Diambil selepas makan.
2 biji.
Jangan ambil bersama Vita-Lea.


Cara makan Caratomax
Diambil selepas makan.
1 biji.


Selepas makan malam ~ amek Alfalfa (Refer notes atas utk tgk cadangan jumlah pil).


SELEPAS MAKAN MALAM

Cara makan Herb-Lax
Sebelum tidur.
4 biji, 1 kali seminggu. ATAU 2 biji sekali, 2 kali seminggu. (Jangan ambil hari2 sebab dia bersifat laxative)


Cara makan Osteomatrix
Diambil sebelum tidur malam. Boleh membantu tidur yang lena & tidak terganggu.
2 biji.
p/s:- 4 biji Ostematrix setiap hari boleh membantu kita mendapatkan keperluan kalsium yang mencukupi setiap hari. Tapi adalah lebih elok di ambil 2 biji selepas makan tengahari & 2 biji selepas makan malam. Sebab kalsium dapat diserap dengan baik dengan dos rendah (instead of ambil 4 biji sekaligus).


Cara makan Vita-E 
Diambil sebelum tidur.
1 biji.


Cara makan GLA complex
Selepas makan. 
2 biji.
p/s: andai ambil Vita-Lea, jangan ambil 2~2 pil nie serentak. Tu sebab saya letak pengambilan Vita-Lea di sebelah tengahari / petang.


Cara makan Joint Health Tablet
Selepas makan.
2 biji.

Cara makan Alfafa
Selepas makan. Refer nota di atas mengenai dosage.

Jangan ambil bersama Vita-E.



OK. Soalan favourite ~ kalau terlupa amek sebelum makan camne yer? kekekeke....

Ok. Takpe. kalau terlupa amek sebelum makan, amek laa lepas makan ngan vitamin2 lain (kalau ada). Insha-Allah tak memudaratkan. Cuma kesan tak sebaik sebelum makan laa. Itu aje.

Apa2pun ~ ini hanyalah cadangan sahaja. Terserah masing2 untuk ikut, ikut kesesuaian. Ada yang sesuai makan sebelum makan, ada yang sesuai makan selepas makan. 

Kalau ada yang tak jelas, boleh berhubung dengan saya terus. 

Whatsapp: 019-2664725


13 comments:

  1. kenapa sy makan alfafa then kluar jerawat byk. dh dua bulan non stop jerawat. bengkak n sakit. sblum ni xmacam tu pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis ~ alfalfa kena minum air yang sangat banyak. Sebab dia bersifat panas.

      Kalau sis memang biasa minum air yang banyak ~ tapi still keluar jerawat mencanak2,saya nasihatkan sis kurangkan dosage. Kalau sehari makan 10 biji sehari ~ kurangkan jadi 8 / 6 / 4.

      Lepas tu sis monitor pelan2 sampai dapat dosage yang bersesuaian dengan badan.

      Delete
  2. Salam. Sy preggy 20wks. Start mkn vita lea baru smgu. Mkn lps breakfast mesti muntah blk. Klau amek before breakfst boleh ke?

    ReplyDelete
  3. Kalau sy mkn vit c dgn alfafa mcm mana cara pengambilannyanye? sblm ni mkn alfafa je 3biji 3x sehari utk tambah susu.. Trm kasih sudi jawab.

    ReplyDelete
  4. Kalau sy mkn vit c dgn alfafa mcm mana cara pengambilannyanye? sblm ni mkn alfafa je 3biji 3x sehari utk tambah susu.. Trm kasih sudi jawab.

    ReplyDelete
  5. Salam sejahtera. Nak tahu cara pengambilan alfalfa dan vit E. Berapa kali sehari dan berapa biji harus dimkn?

    ReplyDelete
  6. hi dear, mcm mna cara2 pengambilan gla dgn vit c? boleh ke mkn serentak or jarakkn mkn tu? sgt ingin tau .tq

    ReplyDelete