Wednesday, May 7, 2014

UMRAH BERSAMA ANAK KECIL



Assalamualaikum,

Alhamdulillah, saya diberi kesempatan utk menunaikan umrah buat pertama kali baru2 nie. Dan semuanyer Alhamdulillah ~ Allah permudahkan. Moga2 umrah kami sekeluarga (saya, suami, anak, ibu mertua & abg ipar) diterima & moga2 kami dapat Umrah yg Mabrur. Insha-Allah. Aamin!

OK, saya nk citer sikit / mebbe beri tips untuk kengkawan / readers yang baru nk pergi Umrah bersama2 anak kecil. I am no expert. Just share pengalaman saya sendiri sepanjang di Saudi selama 2 minggu (Makkah, Madinah & Jeddah).

Trust me, memula nak pergi tu mmg risau yg amat. Ye laa, me pun baru 1st time nk pergi. bawak si kenit (4 years) plak tu. lagi laa risau. sibuk laa mintak pandangan org sana sini. Raagu2 nak bawak Raziah pun yer. Takut dia tak sihat di sana & takut ibadah kami nanti "terganggu".

Tapi Alhamdulillah ~ niat yang baik, memang insha-Allah akn dipermudahkan. Sepanjang 2 minggu kami di sana, kami takde hadapi masalah2 besar, terutama yg membabitkan Raziah. In fact, rasa2 kami tak hadapi masalah sangat pun sepanjang di sana (selain dari terpaksa menunggu hampir 4-5 jam di airport Jeddah disebabkan sistem immigration mereka yg terlalu slow & tak khusus. Kekekekeke

OK, nie saya kongsi sikit yer. Saya buat dlm bentuk point laa. Senang nk baca.

1) bawak bekal ubat (demam / batuk / selsema) atau apa2 food supplement yg biasa di beri kepada anak2. 

2) bawak baju yg mencukupi (takut budak2 x sihat / muntah). tapi x perlu berlebih2 sgt.

3) make sure sebelum bawak ke umrah ~ selain dari dh diberi vaksin yg wajib (ada 2 vaksin), bawak anak utk through check-up jugak. utk pastikan anak ok (jgn lupa suruh doktor cek telinga anak jugak)

4) bekalan pampers yg mencukupi (kat sana banyak je jual, tapi tau2 je laa ~ kalo kalut2 tu, time tu laa xde size yg sesuai laa ~ brand yg kita selalu pakai xde laa). so better bersedia awal2

5) bawak mainan (kalo bole berlainan jenis). utk mengelakkan anak terasa bosan maklumlaa. budak kan. tapi kalo bawak lebih dari 2/3 mainan, jagan kluarkan semua at 1 shot. katalaa day 1 - bawak barbie (me bawak barbie, sbb anak pompuan.... kekekekke), so mainan lain macam plush toys ke / colouring books ke / apa2 mainan lain ~ jgn dikeluarkan dulu. reserve mainan2 lain utk 2nd / 3rd day. maklumlaa, budak kan cepat bosan.

6) bawak eatable (snacks / tidbits) dlm pek2 kecik. biskut oreo ke, kek ke (bukan laa kek icing tu), jelly ke.... apa2 laa. bawak banyak pun xpe. so ~ everytime kita bawak anak gi tawaf / duduk kat masjid, time dia dh restless / merengek lapar ~ kita bole bagi dia makan tu. tapi make sure jgn sepah2 tau. tak baik.

7) bawak small backpack utk anak. senang nk isi snacks & botol air anak setiap kali kita nk ke masjid / buat tawaf.

8) seboleh2nyer cuba utk minum air zam2 sepanjang masa. elakkan air mineral atau air2 lain. sebab air zam2 nie ada terlalu banyak khasiat. sepanjang di mekah & madinah ~ me & family mmg 90% minum air zam2. belen 10% tu je minum air biasa (mineral / juice). setiap kali ke masjid, bawak laa botol air mineral yg 500 ml / 1 liter tu. Top-up air banyak2. Tapi make sure minum yg tak sejuk. Sbb air zam2 ada yg sejuk, ada yg x sejuk. Walau cuaca panas camne pun, PLS try to minum air zam2 yg tak sejuk. 

And since air zam2 bole dibeli, me & family sentiasa beli air zam2 yg 10 liter tu & letak di bilik hotel. So bekalan air zam2 kami sentiasa x putus. Air zam2 nie kalo x silap bole mintak tlg org hotel utk belikan dan deliver ke hotel. Tapi dioarng akan charge service ler. 

9) Kalo pergi in a big group, mungkin sekali sekala bole tinggalkan anak di bilik hotel while kita pegi ke masjid / buat tawaf. Kira amek giliran laa. Sebab budak kan cepat penat. Plus cuaca plak panas.

10) Elok kalo bawak / beli topi (bukan cap yer) utk anak tu. So dia tak terlalu terdedah kat cahaya yg panas terik tu. And belikan sunglasses untuk anak jugak. Sbb memang panas.

11) SENTIASA pegang tangan anak (kalo x dukung) ~ especially ketika kita berjalan2 di kedai2. sebab terlalu ramai umat manusia kat sana, so kita tak bole leka.

12) Kalo anak masih naik stroller ~ bawak je stroller tu. Takpe. Ramai yg ingat, kalo bawak stroller, nanti leceh laa apa laa. Nope. Bring it. It will be very useful when u do the sa'ie. Or when baby nak tido time kita nk solat jemaah. Tapi stroller mmg x leh bawak masuk dlm masjid yer. kena letak kat luar. unless kita sembahyang si perkarangan masjid ~ bole laa. And kalo buat tawaf pun, stroller kena letak kat luar. Other than that, stroller will be a help (kalo anak mmg jenis duduk dlm stroller ler).

13) Kalo anak masih terlalu kecil (baby ~ 2 years old), better bawak baby carrier. So memudahkan kita nanti. Sebab bila pakai baby carrier ~ tangan kita tak terasa lenguh nk dukung anak sepanjang masa. And ada yang pakai baby carrier ketika sembahyang. :-)

Oh yer ~ once kita dah tau kita nk pergi umrah bersama anak kecik ~ mulakan didik anak untuk sentiasa "dekat" dengan kita time kita sembahyang di masjid. ajar dia utk tak merayap. kalo tak nnti, kita yang tak khusyuk nk sembahyang sebab anak merayap sana sini. Tu belum kira ganggu jemaah lain lagi. So didik slow2 yer.

Setakat nie, tu laa kot yang saya bole bantu. Semoga tips2 nie berguna utk perjalanan anda semasa nak menunaikan umrah (atau Haji) nanti. Insha-Allah


************************************************************************

jom cuci mata jap.

Masjid Nabawi

"payung" dipasang most of the times (kecuali malam). 






Inilaa rupa Masjid Nabawi bila "patung" tertutup. Night time. Subhanallah.





Subuh terakhir kami di Masjid Nabawi. Bulan terang benderang. Masha-Allah. Smoga tidak menjadi Subuh terakhir kami di bumi suci ini. Inasha-Allah. 




Inilaa Masjidil Haram. Kami tiba di Kota Haram untuk mengerjakan umrah dah malam. 




Masjid Haram di siang hari. Subhanallah. Sangat2 besar & expansion works is still on-going.




Kaabah. 

Masha-Allah! Tercapai jugak impian kami untuk menatap Kaabah. Alahmdulillah dapat merasa memegang Kaabah & menghidu Kaabah. Wanginyer. Masih terbau2 wanginyer.




Semoga Umrah kami diterima & semoga kami menjadi tetamu Allah selalu. Dan saya doakan semua pembaca2 & umat muslimim muslimat di dunia nie untuk sama2 diberi kesempatan untuk menunaikan Umrah dan Haji , sekurang2nyer sekali seumur hidup. Insha-Allah. Aamin!

2 comments:

  1. Alhamdulillah...seronok baca entry ni..n tips yg baik jugak..tq!

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah. sekadar kongsi mana yg tau je Ai. :-)

    ReplyDelete