Wednesday, July 16, 2014

SHAKLEE = SUPPORT ISRAEL?

Tak sabar masing-masing untuk memboikot produk-produk dari Israel, ataupun syarikat-syarikat yang menyumbang kepada Israel.  Maklumlah, masing-masing merasa sangat terpanggil untuk memberi tekanan kepada syarikat2 terlibat agar tidak lagi menjadi antara penyumbang kepada Israel.
 
Yang terkini, nama Shaklee disebut2. Disebabkan ada 1  Shaklee Independent Distributor di luar negara yang secara terang meyokong & menyumbang kepada Keneseth Israel (KI).  Ini kerana icon Shaklee ada tertera di website KI.  Menyebabkan ramai (termasuk saya mulanya) ~ tersalah anggap.

Ini website KI yang ada icon Shaklee sebagai penyumbang kepada KI.



Disitu dinyatakan, bahawa setiap pembelian Shaklee melalui SID terbabit, ada peruntukan yang diberi kepada KI. Jadi masing2 membuat anggapan yang Shaklee menyokong KI.

Tapi ramai yang tak tahu (saya mula2 pun tak tau) ~ yang bila kita klik icon Shaklee di website KI itu, kita akan ke website pengedah sah Shaklee di U.S. Itu bukan website rasmi Shaklee.

Disebabkan website SID itu (SID WEBSITE) hampir2 menyamai website antarabangsa Shaklee : (SHAKLEE U.S.), ramai yang menyangka Shaklee adalah antara syarikat yang menyumbang dan menyokong KI.

Lagi2 website itu membawa domain myshaklee.com. Bertambah keliru jadinya. Ini adalah website pengedar persendirian Shaklee (SID) yang menyokong KI itu.

 

Untuk pengetahuan semua, domain myshaklee.com adalah domain yang diberi kepada Shaklee Independent Distributor (SID) di U.S.

Di sini ada contoh2 SID lain di U.S. yang menggunakan domain myshaklee.com.





Ini pulak adalah website RASMI Shaklee di U.S. http://www.shaklee.com/us/en/

 



Semoga tidak timbul lagi keraguan di hati. Setahu saya jugak, Shaklee tidak termasuk dalam list boycott-Israel products. Wallahu'alam. Saya mungkin salah atau terlepas pandang.


Semoga peperangan di Gaza, Syria, Burma, Colombo dll tempat akan tamat segera. Semoga keadilan dapat ditegakkan segera. Insha-Allah. Aamin!







0 comments:

Post a Comment