Wednesday, December 3, 2014

Breakfast ala Atkins.

2-3 hari nie saya cuba2 untuk buat Atkins diet  (untuk suami).

Disebabkan Atkins nie banyak pantang larang  (untuk fasa 1) - memang TERASA susahnyer nak follow.

Sepintas lalu,  fasa 1 Atkins tak boleh makan:
  • Nasi  (kaler putih ke, coklat ke, ijau ke, biru ke)... asalkan namanyer nasi, TAK BOLEH. 
  • Mee / spaghetti / kuetiow & sepupu sepapatnyer 
  • Sebarang bentuk kekacang 
  • Sebarang bentuk makanan bergandum  (oats,  segala jenis tepung,  segala jenis roti) 
  • Sayur2an yg "berakar" - cth: bawang, lobak, kentang & sepupu sepapatnyer 
  • Sebarang buah-buahan 
  • Sebarang jenis minuman / makanan bergula  (stevia boleh).
  •  Segala jenis susu. 
  • Segala makanan yg diproses. 
  • Sos2.
  •  Kicap.
SEMUANYER TAK BOLEH. So apa yg bole?

Ayam, daging,  telur,  cheese, sayur2an  (lagi hijau,  lagi bagus).

So memang BERCINTA sgt nak follow Atkins nie.  Respect giler sapa2 yg follow strictlytly & tak cheat. Sebab mmg susah giler kot.

TAPI tak mustahil.  Sebab ramai yang dah berjaya.

To be frank, saya dah follow Kelab Diet Atkins di FB lama dah.  Tapi baru 2-3 harinie cuba2 utk suami.

*diri sendiri blom mampu* kakakakakaka

Pening kepala memikir menu Atkins. Kena rajin browse.Takkan hari2 nak mengadap telur goreng / telur rebus kan? Lama2 muka pun macam telur. Kekekekeke

Tapi sebenarnyer banyak je resepi2 yg lulus Atkins. Dan sedap2. Cuma kena google ler.
Anyway, nie resepi yg 90% menepati Atkins kot.  Kekekekekeke.(Sebab saya sendiri pun masih belajar the CAN & CAN'T in Atkins.
Resepi nie saya buat utk encik suami. Dia Atkins, takkan kita nak makan lain plak kan. Siannnn dia.  Hahahahaha.
So here goes. Atkins style breakfast.
Nama resepi?  Saya pun tak tau.  Main tibai & ubahsuai je.

Telur inti ayam & sayur ~ ala Atkins.

Utk 3 org makan.

Bahan2:
Semangkuk kecik isi ayam ~ potong dadu / cincang
Capsicum merah dicincang / potong dadu  (dalam segenggam)
Baby corn dlm 3-4 batang (steam / rebus dulu - pastu sagat)
Sayur bak choy dlm 5-6 helai.  Potong / cincang
Sebiji bawang putih - sagat
Sikit halia  (dlm 2 inci) - sagat
Cheese segenggam  - suka hati nk pakai apa.  Sagatkan.

Telur 2 biji - dipukul & diperasakan ikut tekak masing2.

Bahan perasa (ikut tekak masing2. Tapi pak aji & adi beradiknyer adalah DILARANG KERAS DALAM ATKINS). Saya pakai yang bawah nie.

Paprika powder
Black pepper powder
White pepper powder

Method :
Gaulkan semua sekali.

Pastu letak dlm bekas muffin / apa2 bekas yg besesuaian. Kalo bole griskan dulu  (saya X griss - dahtu melekat2). Kakakakaka

Bakar dalam oven. Api atas bawah.  Dlm 30 minit  (ikut pada oven).

Siap. Keluarkan.

Bismillah.

Ngap. Sedappp u... btol. And sangat2 mengenyangkan.

Kekekekekeke

Selamat mencuba.

Jom layan gambar. Sila take note yg tuan blog adalah sangat failed bila bab masak2 & amek gmbar. Kakakakkakaa

 

Memula saya letak adunan bahan2 nie (telur blom lagi) ~ dalam adunan mini muffin nie. Konon2 nmpak comei. Tapi bila saya tuang telur ~ habis berselirat kat muffin tray tu. Hampagas btol. Hahahhahahaha 



  

Since muffin dah comot ngan telur ~ terpaksa laa saya kaup balik segala inti tu & masukkan dalam bekas aluminium foil nie. Kakakakkakaka. Nie gmbar dah gaul ngan telur.



 

Nie plak lepas dah siap dibakar. Semerbak bau satu rumah. Walaupun rupanyer tak menawan (salah tuan tanah sepenuhnyer) ~ tapi rasanyer sangat yummy.


Cuba laaa. Memamgggg kenyang makan nie.


 

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Nampak menyelerakan. Semoga berjaya berdiet. Jom diet sihat :-) http://ainisharendcare.blogspot.com

    ReplyDelete